CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 23, 2011

: sejarah bersama Ninie ^.^

na kata ninie pandai sejarah , ta la sangat . sejarah ninie cukup cukup makan . paling ta suke baca buku sejarah sebab tebal pluss mengantok dohh . tapi amat suka kalo ada yang story sejarah kat ninie . so arini ninie akan cerita pasal RAJA BERSIONG . nape ? sebab sabtu aritu kan ninie pegi kolam air panas , so ninie ada dapat info dari my big brother Abang Lan (Mohd Roslan Yaacob) tunang kak AMYNA CHAN , taiko kami . konon konon nye la taiko !! HAHA . so baca la ek .

Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang . Negeri Kedah pada masa tuh adalah sebahagian dari Kerajaan Siam . nama sebenar dia , i mean BAGINDA ialah Raja Ong Maha Perita Deria . merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa .
Baginda merupakan seorang Raja yang Zalim . dan di takuti oleh rakyat jelata . sesapa je yang langgar undang undang negeri , confirm akan di tangkap dan di penjara atau di bunuh .
Raja Bersiong , ni makanan favorite dia ialah masakan KARI BAYAM . and one day , masa Baginda pergi memburu , tukang masak tuh seperti biasa masak la kat raja ni makanan favorite dia . and tukang masak raja ni jenis yang suka berangan angan . and macam mane entah dengan ta sengaja , tukang masak ter'cut jari dia . and darah mengalir jatuh ke atas bayam yang dia potong tuh . and sebab kesuntukkan masa , tukang masak ni just masak bayam yang kena darah dia tadi , and dia ta bagitahu sesapa pasal hal ni . Raja tuh balik dari memburu , terus makan masakan yang bercampur darah tadi . and suddenly dia rasa bayam ni sedap sangat sangat and tanya kat tukang masak dia . lalu tukang masak dalam keadaan takut pun bagitahu Baginda hal sebenar .
Raja tuh terus memerintah pengawal dia memancung or bunuh semua tahanan dia . and darah dorang di kumpul dan di simpan dalam satu bekas untuk dimasukkan ke dalam masakan nye . sejak aritu Raja taleh makan tanpa darah . so bila semua tahanan dia dalam penjara da habis . dia mula menculik dan membunuh kanak kanak yang ta berdosa . ambil darah kanak kanak tuh semua untuk masukan dalam masakan nye . rakyat dia apa lagi , naik angin la tapi dorang takut na buat apa apa .
Pada satu malam , tiba tiba tumbuh Dua Taring @ Siong didalam mulut Raja . Siong @ taring ni tumbuh sebab Raja ni suka makan masakan yang bercampur darah . Raja ni happy and bangga sebab dengan ada nye Taring @ Siong ni , rakyat plus musuh musuh Baginda lagi takut la . so Baginda na menculik kanak kanak and ambil darah dorang senang la .
Rakyat semakin kecewa dengan sikap raja dorang and pada satu hari , sekumpulan nelayan telah memberontak dan menyerang istana , tetapi malang nye dorang gagal . and salah seorang dari geng nelayan tuh adalah adik kepada menteri Raja Bersiong . menteri ni amat kecewa dengan kematian adiknnya dan menteri ni da buat satu plan untuk serang Raja Bersiong ni . menteri mengumpul beribu ribu bala tentera untuk mengusir Raja Bersiong .
Apabila Raja Bersiong pulang dari memburu , Baginda terkejut melihat ramai tentera yang telah mengepungnya dan diketuai oleh menteri nye sndiri . Baginda mengarahkan pengawal pengawal nya untuk bertarung dengan tentera pemberontak menteri tuh , tetapi pengawal pengawal telah belot dan menyertai tentera menteri . Baginda menjadi takut kerana Baginda suda tiada siapa lagi . lalu Baginda telah melarikan diri ke dalam hutan .
and Baginda telah mangkat didalam hutan tersebut ..

okayy ta cerita ninie . cerita betol tahu ni . and now ninie akan cerita info yang ninie tahu dari abg lan pulak . info yang ninie dapat ni bukan mengenai Raja Bersiong tetapi mengenai nama nama tempat di Kedah yang di namakan sempana Raja Bersiong . bukan semua nama tempat kat kedah ninie akan bagitahu . ninie bagitahu nama nama tempat yang on the way na pegi Kolam Air Panas . tatahu betol or ta . just na share dengan korang . Abg Lan tipu ninie , ninie tipu korang la .. HAHA .

disebabkan Baginda tinggal seorang diri di hutan and timbul rasa menyesal dalam diri nya . and Bagnda membuat keputusan untuk membuang taring @ siong nye . kejadian ni bermula dari Kuala Kertil .

Kuala Kertil - tempat baginda membuat keputusan samada ingin membuang @ tidak . baginda Kertil paha nya untuk membuat keputusan .
(Kertil means Cubit)

Kuala Tawar @ Tawar - baginda mula Tawar siong @ taring nya .
(Tawar means Bius)
abg lan yang kata okayy .. jgn salah kan ninie ..

Kuala Pegang - Baginda Pegang siong @ taring nyaa ..

Baling - tempat di mana baginda mula Baling siong @ taring nya .

Siong - siong ada tempat di mana taring baginda jatuh .
so kalo korang g tempat nama Siong , korang akan nampak satu pintu gerbang di mana ada Taring @ Siong di buat kiri dan kanan pintu gerbang tuhh . 

jauh kan dari baling ke siong . ninie pun terfikir gak macam mane dia boleh baling sampai begitu jauh . then kak amy kata , orang dulu dulu , dorang tinggi plus orang dulu dulu ada kuasa . so ta mustahil la Raja Bersiong boleh baling Siong @ Taring nya dari Baling ke Siong . entah la . tapi ni adala satu mitos . so entah , tatahu na kata apa . HOPE korang ENJOY dengan story ninie ni ..



 .. MAKACIH SEBAB BACA  :) ..

0 comments: